Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hudud: Berilah Masa, Ruang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan...

“Mereka Merayu Saya Jadi...

KUALA LUMPUR - "Sewaktu dahulu saya menyatakan minat untuk menduduki jawatan Presiden (FAM)...

FAMA Sasar RM200 Juta...

YAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai eksport durian sejuk beku...

Pesara Dan Tentera Cedera...

MELAKA - Sebanyak 87 anggota tentera darat berpencen dan masih berkhidmat, yang tercedera...

“Apa Kena Mengena Dengan Saya” – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam pihak yang memutarbelitkan fakta bahawa baginda menitahkan polis membuat tangkapan ke atas individu yang menghina baginda.

Titah Tunku Ismail, laporan polis ke atas individu terbabit bukan dibuat oleh baginda sebaliknya dibuat oleh rakyat Johor yang masih sayangkan institusi diraja negara ini.

Baginda turut menyelar pihak yang cuba memutarbelitkan fakta kononnya individu yang ditahan polis terbabit cuma mengkritik dan bukannya menghina.

“Jadi soalan saya kepada individu-individu tersebut adalah apa kena mengena dengan saya sekiranya ada orang lain membuat laporan terhadapnya,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu mengkritik pihak yang menyeru baginda supaya mengarahkan pihak polis membebaskan individu-individu terbabit.

Titah baginda, ironinya permintaan itu dibuat oleh individu yang sentiasa menggunakan ayat tiada sesiapa pun dikecualikan daripada segi undang-undang.


“Sekarang mereka mahu saya bertindak seolah-olahnya saya lebih tinggi daripada undang-undang,” titah baginda.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini membidas hukuman penjara setahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru ke atas seorang remaja.

Zaid menegaskan bahawa Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri yang didakwa membuat komen menghina dengan niat untuk menyakiti hati kerabat Sultan Johor hanya berusia 19 tahun dan mungkin adalah pesalah kali pertama.

Sekurang-kurangnya tiga individu telah ditahan sejak dua minggu lalu kerana didakwa menyiarkan kenyataan menghina terhadap Tunku Ismail. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori