PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan sebuah bot nelayan asing dengan enam nelayan dekat Pasir Puteh Isnin lepas kerana menangkap ikan di perairan negara ini.
Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata warga asing berusia 28 hingga 50 tahun itu ditahan ketika sedang menangkap ikan 105 batu nautika dari Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, pada 6.05 petang.
Nurul Hizam ketika dihubungi berkata keseluruhan aset termasuk peralatan dan hasil tangkapan ikan bernilai RM1.2 juta turut dirampas.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata APMM turut menahan dua bot dan 14 nelayan asing berumur 28 hingga 58 tahun di dua lokasi berasingan, iaitu 99 dan 101 batu nautika dari Pantai Tok Bali, pada 22 Jun kerana menangkap ikan di perairan negara ini.
“Mereka cuba mengambil kesempatan ketika anggota APMM sedang menjalani ibadah puasa. Bagaimanapun pihak kami akan meneruskan rondaan walaupun pada Hari Raya Aidilfitri,” katanya. – BERNAMA