Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Padah Bila Pelanggan ‘Terlajak...

NAMPAKNYA frasa 'Customer Is Always Right' atau 'Pelanggan Sentiasa Betul' tidak boleh diamalkan...

Kedah Pastikan Bekalan Air...

LANGKAWI - Kerajaan negeri mengambil beberapa langkah pembaharuan teknikal untuk memastikan bekalan air...

Trafik Perlahan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

Budak 5 Tahun Maut...

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai...

Aril AF7 Akui Trauma Hantar Anak Ke Pusat Jagaan

MENGHANTAR anak ke pusat jagaan sering menjadi pilihan ibu bapa yang bekerjaya, tetapi bagi Aril AF7, dia mahu mengambil langkah berjaga-jaga dalam penjagaan anaknya, Tun Adriel Mikael.

Tambah Aril, selepas tragedi malang yang menimpa kawan baiknya, dia lebih rela menjaga sendiri anaknya yang berusia 7 bulan itu.

“Perkara itu berlaku kepada kawan baik saya, anak pertama gugur dalam kandungan dan anak kedua lahir dengan sempurna.

“Anak kedua terpaksa dihantar ke pusat jagaan kerana dia mendapat tawaran kerja yang jauh.

Aril AF7 dan anaknya, Tun Adriel Mikael.
Aril AF7 dan anaknya, Tun Adriel Mikael.

“Selepas beberapa kali menghantar anaknya ke pusat penjagaan, kawan saya mendapat panggilan yang mengatakan anaknya sudah tidak bernafas.

“Anaknya kemudian disahkan meninggal dunia apabila dihantar ke hospital,” katanya kepada MMO.

Tambah Aril, dia bersedia menjaga anaknya sendiri walaupun terpaksa bersengkang mata kerana dia mengetahui tempat penjagaan kanak-kanak biasanya mengasuh ramai kanak-kanak dalam satu masa.


Aril juga mengakui akan meletakkan kepercayaan kepada ahli keluarganya sahaja untuk menjaga anaknya.

“Ini kali pertama saya dikurniakan anak, nak kata penat tu memang lah. Pengalaman seronok ini bukan semua orang boleh dapat.

“Saya gembira melihat anak membesar depan mata, bermula proses merangkak, makan dan bercakap,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori