Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN - Keadaan banjir di Kuantan pagi ini tidak berubah sejak semalam dengan...

Rang Undang-Undang Anti Keganasan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada...

Persepsi Kos Naik Kerana...

PONTIAN - Persepsi bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menaikkan kos kehidupan...

SPRM Labuan Sasar Golongan...

LABUAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan golongan muda dalam kakitangan kerajaan...

Atlit Paralimpik Dijel 3 Tahun Kerana Rekrut Pelacur

MAHKAMAH Singapura pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara selama 38 bulan kepada atlit paralimpik, Adam Kamis atas kesalahan merekrut beberapa wanita, termasuk seorang gadis berusia 16 tahun untuk dijadikan pelacur.

Atlit Paralimpik Dijel 3 Tahun Kerana Rekrut Pelacur
Adam Kamis

Adam, 37, mengakui menubuhkan sebuah agensi perkhidmatan teman eskort pada awal 2013 untuk melunaskan hutangnya sebelum ditangkap pada 2015.

Baca: Atlit Paralimpik Didakwa Terlibat Sindiket Pelacuran

Dia yang dikenali sebagai pelari pecut bertangan satu dilaporan mencari wanita-wanita cantik yang dirasakan sesuai untuk menjadi pekerjanya menerusi laman Facebook.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharmila Sripathy-Shanaz berkata, bagi menarik minat dan kepercayaan mereka, Adam menyamar sebagai ‘Angel Tan’ di Facebook iaitu seorang gadis teman eskort yang bekerja di agensi itu.

Dalam mesejnya, dia memaklumkan wanita hanya perlu bekerja separuh masa tetapi dijanjikan dengan gaji yang lumayan dalam setiap tugasan.

Jika ada yang berminat, Adam akan ‘menemuduga’ wanita-wanita berkenaan tatkala isterinya tiada di rumah flat mereka di Yishun.

Ketika temuduga itu, Adam akan meminta wanita-wanita berbogel di hadapannya supaya dia dapat ‘memeriksa keadaan tubuh’ badan mereka.

Selain itu, Adam turut ‘mencuba’ dengan melakukan hubungan seks bersama wanita-wanita tersebut termasuk gadis 16 tahun itu untuk membuktikan mereka sanggup melakukan khidmat seks tersebut.

“Adam memujuknya untuk membenarkannya ‘memeriksa’ tubuhnya dan memberi jaminan bahawa semua gadis yang ditemuduga perlu menjalani perkara yang sama.

“Selepas gadis itu menuruti permintaannya, Adam berkata dia perlu ‘menguji kemahiran seksnya’.


“Adam meneruskan perbuatannya itu meskipun gadis itu berkata dia hanya berusia 16 tahun, dan memberitahu remaja itu tidak ada orang yang akan mengetahui tentang hal itu.

“Dia mengadakan hubungan seks dengan gadis itu, namun kemudian gadis tersebut tidak lagi menghubunginya,” kata Sharmila.

Atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak itu, Adam boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$100,000 (RM29,9499) atau disebat enam kali.

Manakala, atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak, Adam boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$100,000 (RM29,9499) atau disebat enam kali.

Untuk makluman, Adam patah tangan kanan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2003 sementara tangan kirinya lumpuh. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori