Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5 Pelajar Sekolah Menengah...

BESUT - Lima pelajar berusia 13 hingga 15 tahun ditahan polis Isnin lepas...

Gaya Rambut Ala ‘Hipster’,...

MEMILIKI gaya rambut ala ‘hipster’, seorang jurugambar telah merakam imej seekor singa tersebut...

Bengang Dengan Bapa, Anak...

KEJAM... Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa dendam bapa saudara selepas ditetak hingga putus...

ATM Pertingkat Kawalan, Gerak...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertingkatkan kawalan dan menggerakkan aset ke...

PRK: Awas Batu Api Pembakar Perpaduan Islam Melayu

PENCALONAN PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah selesai 5 Jun. Semua tujuh calon yang bertanding adalah Islam Melayu. Mewakili tiga parti berteraskan Islam Melayu serta seorang calon Islam Melayu bertanding atas tiket bebas.

Esok 1 Ramadan bersamaan 6 Jun akan bermula kempen meraih undi. Kita masih menantikan apakah isu domestik dan nasional yang akan dibangkitkan calon dan parti bagi memenangi hati pengundi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sambil itu kita juga akan melihat, apakah muslihat puak batu api yang pastinya akan terjerit-jerit di tepi gelanggang untuk mengapi-apikan pertembungan antara parti-parti Islam Melayu.

Pasti ada modalnya – apatah lagi dalam permainan melaga-lagakan umat Islam dalam hangat kempen PRK ini.

Kebetulan minggu lalu, pada Sidang Parlimen, PAS membentangkan usul Persendirian Pindaan Rang Undang-undang 355 Akta Mahkamah Syariah (RUU 355). Matlamat RUU 355 jelas, pada usia 49 tahun sejak diluluskan dan digazet pada 1965, RUU 355 akan melalui pindaan buat kali kedua. Kali pertama, pada 1984, dimana pindaan dibuat dengan lahirnya angka 356.

Angka 356 merujuk pada hukuman denda tidak melebihi RM3 ribu, penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak melebih 6 rotan. Selepas 19 tahun sejak 1965, kerajaan membentangkan pindaan pada 1984 bagi meningkatkan kadar denda dan hukuman supaya relevan dengan perubahan sosio-ekonomi.

Penambahan hukuman ini jelas satu tindakan penambahbaikan untuk mendidik dan mencegah umat Islam dari terus mendekati zina, khalwat, fitnah zina, judi dan arak.

Cuma DAP dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng nampak sangat jelas jadi sawan dan menggelabah. Sebaik saja Presiden PAS, Datuk Hadi Awang membentangkan usul ini serta disokong wakil kerajaan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said, di luar Dewan Guan Eng mula bersikap prejudis dan provokatif.

Cara Ketua Menteri Pulau Pinang ini sagat mudah: Mainkan spekulasi jahat dengan mengaitkan RUU 355 sebagai pakatan PAS dan UMNO secara belakang pintu untuk membentuk Enekmen Hudud.

Umum tahu wujud persepakatan antara UMNO dan PAS dalam strategi membawa RUU 355 ke Parlimen. Persefahaman untuk bersiratulrahim bagi perkara-perkara berkaitan dengan kebaikan umat Islam.

Justeru ini satu ancaman bagi DAP. Kecurigaan besar DAP ialah: Apa lagi kebaikan yang mampu dibuat untuk Islam sekiranya PAS dan UMNO terus bekerjasama?


Ini realiti yang membuatkan Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng mula meroyan dan sawan. Fobia yang sudah lama berdarah daging dalam DAP. Jadi, tugas DAP ialah terus bermain dengan kenyataan-kenyataan sensasi untuk cuba memberi persepsi bahawa UMNO sedang membantu PAS melaksanakan Enekmen Hudud.

Ini api ketakutan yang perlu dinyalakan supaya membakar perasaan rakyat bukan Islam. Ini taktik awal DAP untuk menarik perhatian dan sokongan masyarakat Cina dengan memainkan isu RUU 355 sebagai langkah mengIslamkan Malaysia.

Sentimen cauvinis ini perlu terus dibakar bagi mengekalkan populariti DAP menjelang PRU 14. Tanpa menakutkan pengundi bukan Islam dengan isu hudud, serta mengekalkan sentimen anti Melayu di kalangan pengundi Cina, Kit Siang dan Guan Eng tahu, survival DAP akan berakhir.

Justeru, kepada tiga parti Islam Melayu dan calon bebas yang bertanding di kedua-dua PRK, hati-hati dalam berkempen. Batu api akan masuk menyusup dan cuba untuk menyala sekali pun dalam selimut.

Pada mana-mana parti dan calon, sama ada musuh atau sahabat DAP, ambillah iktibar Ramadan. Kalau musuh utama macam Kit Siang dan Guan Eng pun, kita tidak mampu ditangani dalam isu batu api yang berniat memecahbelahkan umat Islam, janganlah mimpi kita mampu menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Jaga-jaga batu api di depan mata!

Kit Siang dan Guan Eng sedang membakarnya! – MYNEWSHUB.CC

#PRKKUALAKANGSAR #PRKSUNGAIBESAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori