AWIE memilih untuk bercakap benar apabila ditanya peguam tentang tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Akui Awie, dia sebenarnya tidak pernah memberi nafkah wang kepada anaknya yang berada di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.
Menurut Awie, dia tidak memberi nafkah kepada dua anaknya itu kerana tidak dapat melihat anaknya sejak dilarikan Rozana. Bagaimanapun Awie mengakui dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal Rozana dan anaknya.
Awie mendakwa rumah tempat tinggal Rozana berpuaka dan mempunyai banyak ‘syaitan’ menyebabkan dia tidak pergi ke sana selain pernah dimaki oleh keluarga Rozana yang turut tinggal bersama.
“Hari demi hari saya menunggu hari bicara kerana mahu berjumpa dengan anak saya di mahkamah,” kata Awie yang mengatakan dia sentiasa bersedia membawa anaknya keluar membeli belah.
Pada 5 November tahun lalu Rozana menuntut nafkah merangkumi perbelanjaan makan dan minum serta serta kelengkapan diri berjumlah RM3,000 dan meminta RM2,000 setiap tiga bulan untuk membeli pakaian, RM1,500 bagi perbelanjaan sekolah dan RM3,000 untuk persiapan perayaan. -MYNEWSHUB.CC