Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Perkeso Buat Keputusan Tanpa...

IPOH - Keputusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum ini yang menetapkan syarat baharu...

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan...

Saifuddin Abdullah Umum Sertai...

PETALING JAYA - Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah pada...

Para KL2017: Skuad Boccia...

KUALA LUMPUR - Skuad boccia negara berpuas hati dengan pencapaian empat pingat perak...

Azwan Kombos Tak Halang Ezzaty Terus Berlakon

BAKAL mendirikan rumah tangga pada bulan Syawal ini, pelakon Azwan Kombos menyatakan bahawa dia tidak akan menghalang bakal isterinya yang juga seorang pelakon, Ezzaty Abdullah daripada terus melibatkan diri dalam bidang seni.

Menurutnya, dia memberikan keizinan kepada Ezzaty memandangkan kedua-duanya terlibat dalam bidang yang sama dan saling memahami di antara satu sama lain.

“Saya tiada halangan untuk Ezzaty terus berlakon. Selain berlakon, kami juga kini sudah mengeluarkan produk kecantikan yang mana itu juga merupakan fokus utama kami selain karier lakonan,” katanya ketika ditemui Mynewshub dalam majlis berbuka puasa di Restoran Grella’s, Subang Jaya, baru-baru ini.

FSH_9133
Pasangan ini masih belum mahu mendedahkan tarikh pernikahan mereka namun mengatakan ia akan berlangsung pada bulan Syawal ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinan mereka, Ezzaty mengatakan ia sudah 90 peratus siap dan hanya menanti detik untuk diijabkabulkan bersama insan tersayang.

“Kami akan mengadakan dua majlis, satu di Bentong, Pahang dan satu lagi majlis di Kuala Lumpur.

“Setakat ini persiapan sudah 90 peratus dan dalam majlis pernikahan nanti saya akan menggayakan busana daripada pereka fesyen Arief Shah,” ujar pelakon jelita berusia 26 tahun itu.


Azwan, 31, dan Ezzaty bakal mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur khas untuk rakan artis dan pihak media dan ketika ditanya adakah Azwan akan menjemput bekas kekasihnya, Nad Zainal pada majlis itu nanti, aktor itu berkata, “Ezzaty sendiri telah menjemput Nad Zainal hadir ke majlis perkahwinan kami ketika mereka bertemu di lokasi penggambaran baru-baru ini.”

Pasangan ini mula bercinta sejak pertengahan tahun lalu selepas sama-sama bernaung di bawah satu syarikat pengurusan yang sama. – MYNEWSHUB.CC

FSH_9135

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori