Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MAHB: Fasa 2 Kerja...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memulakan fasa kedua kerja suntikan...

Mowgli Malaysia Akui Tiada...

HEBAT... Rupanya Malaysia juga ada Mowgli iaitu watak dongeng dalam The Jungle Book,...

UIAM Perlu Peka Kedudukan...

MELAKA - Tokoh dan aktivis budaya di negeri ini mengesa Universiti Islam Antarabangsa...

Harga Barang Jenama 1M’sia...

KUALA LUMPUR - Harga barang keperluan isi rumah jenama 1Malaysia tidak pernah dinaikkan...

Pasangan Bagi Anak Angkat Makan Guna Mulut Sejak Bayi

KISAH mengenai sepasang suami isteri memberi makan mulut ke mulut kepada anak angkat perempuan selama 15 tahun, kini mendapat perhatian di China.

Anak angkat itu dilaporkan menghidap penyakit cerebral palsy sejak lahir dan tidak boleh mengunyah sebarang makanan.

Keikhlasan dan ketabahan pasangan ini menjaga anak angkat mereka yang sakit itu benar-benar mengejutkan ramai.

Menurut laporan China News, Li Hanmwi yang merupakan tukang cuci di sebuah hospital pada mulanya menjumpai seorang bayi terbuang di tempat kerjanya 15 tahun lalu.

Li membawa bayi itu pulang dan mengambil keputusan untuk menjaganya bersama suami, Zhao Yuchun berikutan simpati.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian bayi yang diberi nama Zhao Likun itu disahkan penghidap penyakit cerebral palsy yang teruk sehingga tidak dapat menghisap sendiri susu.

_89684044_89684043 regurgitate-food-1 regurgitate-food-8 regurgitate-food-6 regurgitate-food-4


Likun juga perlu dijaga setiap masa dan suami isteri itu perlu mengunyah terlebih dahulu makanan sebelum memberikannya, tidak ubah seperti ibu burung memberi suapan kepada anaknya.

“Memberi makan kepada Likun mengambil masa lebih kurang dua jam. Dia makan tiga kali sehari, jadi lebih enam jam,” kata Zhao.

Difahamkan, walaupun Likun kini berusia 15 tahun, namun IQ-nya menyamai budak berusia tiga tahun.

Selain Likun, pasangan ini mempunyai seorang anak kandung perempuan yang kini berusia 14 tahun. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • anak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori