LONDON – Pertahanan tengah Villarreal dan Ivory Coast, Eric Bailly menjadi pemain pertama diikat oleh Jose Mourinho sebagai pengendali baharu Manchester United musim ini.
Laporan BBC Sport menyatakan pemain itu akan menjalani pemeriksaan perubatan minggu ini, selain sudah bersetuju dengan terma ditetapkan dengan Red Devils dijangka membayar perpindahannya sebanyak STG30 juta (RM176.8 juta).
Bailly sudah beraksi sebanyak 40 kali dalam saingan La Liga dengan lima perlawanan pertama bersama Espanyol.
Bailly menyertai Villarreal pada Januari 2015 dengan nilai STG4.4 juta (RM25.9 juta) dan beraksi bersama Ivory Coast yang memenangi Piala Negara-Negara Afrika seminggu selepas itu.
Sebelum ini dilaporkan Zlatan Ibrahimovic akan menjadi pemain pertama diikat Mourinho sejak ia dilantik menggantikan Louis van Gaal sebagai pengendali United. – AGENSI