Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Artis Terkejut Ramai Anak...

MERIAH... Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) yang berlangsung sejak tahun 2015 memang amat...

Pesalah Trafik Warga Asing...

CYBERJAYA - Statistik pesalah trafik membabitkan warga asing di Cyberjaya sepanjang tahun ini...

2 Hari ‘Dicengkam’ Kekejaman...

AKTIVIS tunggal dari Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for...

Zul Ariffin Dedah Cerita...

SEBELUM ini pernah terdengar cerita mengatakan aktor kacak Zul Ariffin semakin sombong dan...

Bangunan Empire State, New York Bergelap Tanda Simpati

BANGUNAN ikonik kota New York, Amerika Syarikat (AS), Empire State bergelap semalam susulan menghormati mangsa tragedi letupan bom di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul, Turki.

Pemadaman lampu tersebut sebagai simbolik penghormatan kepada 41 mangsa dan 239 yang tercedera dalam serangan pengganas di bandar Atartuk, Istanbul Selasa lalu.

Penghormatan seumpama ini bukan baharu sahaja dipraktikkan, malah sebelum ini pun perkara sama dilakukan ketika serangan berdarah di Paris, Perancis pada November tahun lalu.

Juga ketika selepas insiden pengeboman berani mati di Lapangan Terbang Brussel pada Mac lalu dan tembakan yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Orlando, Florida awal bulan ini.

Bangunan Empire State, New York Bergelap Tanda Simpati

Dipetik daripada laman AFP, pengurusan bangunan ikonik itu memberitahu, pemadaman lampu itu sebagai simbol tanda penghormatan dan simpati terhadap mangsa nahas.


Kerajaan Turki dan badan perisikan jenayah Amerika Syarikat (CIA) menuduh kumpulan militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Daesh) sebagai dalang kepada serangan itu.

Saksi menyifatkan adegan keganasan dan panik kerana penyerang mula menembak sewenang-wenangnya dan kemudian meletupkan diri di pintu masuk ke lapangan terbang Ataturk, salah satu hab penerbangan paling sibuk di Eropah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori