Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PSM Persoal Parti Politik...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempersoalkan hala tuju untuk sesebuah gerakan...

Remaja Miliki Rumah Pelacuran...

SINGAPURA – Seorang remaja lelaki yang ditahan agensi penguat kuasa Singapura tahun lalu...

Kerajaan N.Sembilan Sedia Bekerjasama...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Keluarga ‘Pajero Sport’ Dibawa...

JAKARTA - Mitsubishi Indonesia akhirnya berjaya menemui keluarga seorang bayi lelaki dinamakan Pajero...

Banjir Lumpur: 47 Disahkan Maut, 20 Hilang Di Jawa Tengah

JAKARTA – Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) setakat ini menemui 47 mayat yang tertimbus di dalam lumpur berikutan hujan lebat yang mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh di beberapa kawasan di daerah Purworejo dan Banjarnegara di Jawa Tengah pada Sabtu.

Media-media dalam talian memetik Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Purworejo, Budi Hardjono, sebagai berkata sebanyak 20 mayat ditemui pada hari kejadian dan 27 mayat lagi ditemui malam tadi.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan dan 20 orang lagi masih dilaporkan hilang setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya tanah runtuh dilaporkan berlaku di sembilan kawasan perkampungan di kedua-dua daerah itu.

Kerja-kerja SAR menjadi sukar kerana hujan masih berterusan selain faktor runtuhan tanah yang berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa 250 penduduk kampung yang menjadi sukarelawan membantu pihak penguatkuasaan menjalankan kerja-kerja SAR itu.


Sementara itu, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, dalam kenyataannya berkata kerja-kerja mencari mangsa yang hilang akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

“Walaupun standard operasi mencari mangsa hilang ialah selama tujuh hari, namun BNPB boleh melanjutkan tempoh pencarian atas permintaan keluarga masing-masing,” katanya.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam lamn webnya www.bmkg.go.id hujan diramal berterusan di beberapa kawasan di Jawa Tengah sehingga esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori