LAGI kisah perangai jelik dari negara Tanah Besar China.
Baru sejam pameran bongkah permainan LEGO dibuka, sebuah patung yang dibina bernilai 100,000 yuan (RM60,000) musnah dan hancur setelah ditolak oleh seorang kanak-kanak.
Lebih menyedihkan, pembina patung itu yang dikenali sebagai Zhao menghabiskan masa selama tiga hari tiga malam untuk menyiapkan patung berukuran 1.8 meter itu.
Patung itu dibina daripada keping lego berdasalkan karikatur Nick yang tampil dalam filem Animasi Zootopia, untuk dipamerkan di Expo Lego di Ningbo China.
Insiden itu menjadi viral selepas Zhao muat naik gambar kemusnahan patung itu menerusi laman sosial China Weibo.
Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak berusia sekitar empat hingga lima tahun itu telah memohon maaf berkenaan insiden itu.
Namun, ramai netizen bertindak menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu yang lalai menjaga anak mereka dan enggan bertanggungjawab terhadap kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC