Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anak Muda Perlu Yakin,...

"SAYA dengar suara anak muda". Itu kata-kata yang terkandung dalam ucapan sulung Datuk...

Pasangan Ini Hanya Makan...

PASANGAN ini, Akahi Ricardo dan Camila Castello, mendakwa mengamalkan kehidupan `bebas makanan’ dan...

Perlis Pelbagaikan Produk Baharu...

KANGAR - Jabatan Pertanian Perlis akan mempelbagaikan produk berasaskan harumanis, terutama daripada buah...

Ringgit Aliran Turun Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka dalam aliran menurun berbanding dolar US minggu depan...

Bawa Bekas Makanan Sendiri Ke Bazar Ramadan Elak Guna Plastik

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan masyarakat membawa bekas makanan sendiri seperti ‘mangkuk tingkat’ setiap kali ke Bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Menurut baginda cara ini membantu kempen mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin untuk mengisi makanan yang secara tidak langsung membantu pemeliharaan kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

“Masyarakat bermentaliti kelas pertama merancang pembelian, menjaga kebersihan, tidak membazir dan membantu pihak berkuasa seperti SWCorp yang menggalakkan amalan kitar semula dan mengurangkan penjanaan sampah,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian kepada Bernama selepas berkenan meninjau kawasan Bazar Ramadan pekan Mata Ayer di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin, Penolong Pengarah(Penguatkuasaan dan Kawal Selia) SWCorp Perlis Mohd Shukor Bakar serta Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Wan Ahmad Fazli Wan Kamis mengiringi baginda.

Dalam tinjauan itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyaksikan penyerahan apron percuma kepad para peniaga oleh Jabatan Kesihatan dan MPK manakala SWCorp mengagihkan mangkut tingkat kepad pengunjung bazar itu.


Pada tahun ini MPK mengendalikan enam bazar utama iaitu di Kangar, Arau, Kuala Perlis, Padang Besar, Simpang Empat dan Behor Pulai.

Terdahulu, baginda menyertai program kayuhan ‘MAIPs Peduli’ (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) untuk menjejaki dan menyantuni asnaf kali ke-32 tahun 2016 di kawasan Mata Ayer.

Dalam program itu baginda berkenan menyerahkan sumbangan dan zakat MAIPs kepada 30 asnaf terpilih di Masjid Mata Ayer dan Masjid Kampung Oran. Setiap seorang menerima RM600. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori