KUALA KANGSAR – Bayaran bantuan kejatuhan harga getah 2016 sebanyak RM500 kepada 388,111 pekebun kecil dan peneroka getah seluruh negara yang bermula hari ini dijangka selesai minggu depan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu diberi bagi mengurangkan beban pekebun kecil dan peneroka getah untuk membuat menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri.
“Ada dua kategori penerima iaitu pertama penoreh getah yang menoreh di kebun orang lain dan tiada tanah. Kategoti kedua adalah pekebun kecil yang menoreh sendiri, dia ada kebun dan dia juga penoreh di kebun itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Kejatuhan Harga Getah 2016 di sini, hari ini. – BERNAMA