Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Operasi SAR Kru Kapal...

KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal 'FMSUV FOS...

Abang Johari Mulakan Tugas...

KUCHING - Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pagi ini memulakan tugas secara...

Masjid Putra, Putrajaya Menjadi...

PUTRAJAYA - Sempena cuti Tahun Baharu Cina ini, Masjid Putra di pusat pentadbiran...

PRK Seri Setia: Halimey...

PETALING JAYA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Bekalan Kelapa Di Terengganu Mencukupi – Peniaga

DUNGUN – Meskipun kelapa parut dan santan mendapat permintaan tinggi pada bulan Ramadan ini, bekalan buah kelapa di sekitar negeri ini masih lagi mencukupi dan harga masih lagi berpatutan.

Rata-rata peniaga yang ditemui Bernama berkata mereka tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan mereka sudah bersedia dan mendapatkan bekalan daripada pemborong lebih awal.

Seorang peniaga santan dari Alor Tembesu, dekat sini, Mohamad Zazali Hussin, 40, berkata beliau berasa lega kerana bekalan kelapa daripada pembekal masih mencukupi dan harga masih kekal seperti sebelum bulan Ramadan.

“Pada kebiasaanya peniaga akan merungut sebab bila tiba bulan puasa macam-macam barang tak cukup dan harga pun melambung.

“Tapi Alhamdulillah tahun ni bekalan kelapa pun cukup dan harga pun masih sama…jadi saya tak perlu bebankan pelanggan dengan menaikkan harga santan,” katanya yang menjual santan dengan harga RM8 sekilogram.

Di Kuala Terengganu, seorang peniaga, Wan Yusof Wan Muda berkata dia telah mendapatkan bekalan kira-kira 5,000 biji kelapa pada minggu lalu sebagai persediaan untuk jualan bulan Ramadan.

“Memang bulan puasa ni orang pakai nyior (kelapa) parut dan santan lebih banyak dari hari biasa…nyior ni kami beli yang diimport dari Indonesia ataupun bekalan dari Johor, biasa kalau bekalan sampai, dalam 5,000 biji saya ambil.

Danlah (sempatlah) bekalan nyior ni sampai hujung bulan puasa ni,” katanya ketika ditemui di Pasar Chabang Tiga di sini hari ini.


Wan Yusof berkata beliau turut tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan bekalan dan harga bagi kelapa yang dibelinya juga masih dalam kadar yang sama iaitu RM1.35 sekilogram.

Seorang lagi peniaga, Roziana Rolam berkata perniagaan kelapa parut dan santannya meningkat sekali ganda daripada hari biasa pada awal Ramadan ini.

“Biasa kalau dapat jual 50 kilogram santan, bulan puasa ni meningkatlah sikit dari hari biasa…orang guna untuk hasilkan kuih yang nak dijual dan ada yang beli runcit untuk masak kat rumah.

“Kak tak ada sebarang masalah bekalan setakat ini, nak raya nanti pun lagi bertambahlah permintaan sebab nak buat juadah raya macam lemang, ketupat…semunya guna kelapa,” katanya.

Roziana berkata sebiji kelapa parut dijual dengan harga RM6 manakala santan pula dijual dengan harga RM8 sekilogram. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori