Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Salih Yaacob Akui Bukan...

KALAU tanya kat semua lelaki mata keranjang pasti mereka mahu berpoligami dan mempunyai...

Sindiket Guna Kereta ‘Lari’...

Kluang : Pihak berkuasa membongkar taktik sindiket penyeludupan rokok menggunakan kereta yang lari...

Wany Hasrita Hadiahkan Ibu...

KUALA LUMPUR - Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Wany...

Himpunan Rakyat Bersatu: 4...

KURANG 24 jam menjelang Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai 'Baju Merah',...

Bekas Isteri Dakwa Mental Omar ‘Tak Berapa Betul’

BEKAS isteri kepada penembak yang menyerang kelab malam gay di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) sehingga mengakibatkan 50 orang maut mendakwa, bekas suaminya berada dalam keadaan mental tidak sihat.

Memetik laporan ABC News, Sitora Yusifiy mendakwa Omar Mateen menghidap penyakit bipolar dan pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Menurut Sitora, pada empat bulan pertama perkahwinan mereka Omar turut menghalangnya daripada bertemu ahli keluarga selain selalu mendera dirinya.

omar
Omar Mateen yang mati ketika berbalas tembak dengan polis dalam kejadian serangan di sebuah kelab malam gay di Orlando.

Dia hanya boleh lari selepas keluarganya datang melawat dan menyelamatkannya dari tangan lelaki tersebut.

Tambahnya, pada kesempatan itulah dia melarikan diri daripada Omar dan keluar dari rumah kelamin mereka dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa membawa barangan peribadinya, lapan tahun lalu.


Sitora turut mengatakan Omar adalah seorang yang alim dan warak tetapi tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seorang yang terlalu taksub dengan agama.

Insiden yang berlaku di kelab gay semalam dicatatkan sebagai serangan tembakan rambang paling buruk dalam sejarah AS hinggakan negeri berkenaan kini diletakkan dalam situasi darurat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori