Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PyeongChang 2018 Sedia Sambut...

PYEONGCHANG – Bandar PyeongChang, sekitar 180km dari Seoul, sudah bersedia untuk menyambut kunjungan...

Farid Kamil Dakwa 3...

PELAKON dan Pengarah, Datuk Farid Kamil menyifatkan kelakuan ganasnya di sebuah balai polis...

4 Polis Maut, 14...

ISTANBUL - Empat anggota polis maut manakala 14 lagi cedera dalam satu letupan...

1,800 Penguat Kuasa Dikerah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,800 anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

Beli Tiket Di Kaunter Untuk Elak Ditipu Ulat Tiket – SPAD

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan orang ramai supaya membeli tiket untuk bercuti Raya di kaunter bagi mengelak diperdaya ‘ulat tiket’.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata sepanjang musim perayaan ini ulat-ulat tiket seperti biasa akan mengambil kesempatan menjual tiket bas dengan harga yang lebih tinggi.

“Mereka mencari keuntungan dengan cara ini, jadi dengan apa jua cara mereka akan yakinkan orang ramai untuk membeli tiket bas melalui mereka.

“Ada tiket yang dijual dengan harga mencecah RM50 hingga RM70 untuk ke sesuatu destinasi. Jadi pengguna perlu berhati-hati agar tidak terus ditipu,” katanya kepada pemberita selepas Op Tegas di sini semalam.


Dalam pada itu, operasi yang bermula pukul 9 hingga 12 malam itu melakukan pemeriksaan terhadap lima buah lori, empat buah teksi dan 20 bas ekspres.

Operasi itu turut disertai pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori