Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Status Hubungan Sufian, Elfira...

STATUS hubungan di antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy kini terus...

Anak Juruterbang QZ8501 Mohon...

HATI anak mana yang tak terguris jika bapa kesayangan seolah-olah dipersalahkan atas tragedi...

Jeff Bezos Kekal Individu...

NEW YORK - Hartawan terkemuka dunia, Jeff Bezos mengekalkan kedudukan sebagai individu terkaya...

Power!! Lelaki Ini Main...

Sebelum ini kami ada siarkan artikel berkenaan seorang lelaki tua yang diketawakan beberapa...

Belum Ada Keputusan Cukai Minuman Bergula

KUALA KANGSAR – Belum ada sebarang keputusan untuk mengenakan cukai terhadap minuman bergula, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaiam.

Katanya cadangan tersebut masih dibincang di peringkat kementerian dan sebarang keputusan yang dibuat dipastikan akan memberi kesan baik kepada kesihatan rakyat Malaysia.

“Ia masih lagi kita bincangkan. Kita juga sedang meneliti adakah pengurangan subsidi terhadap gula yang kita laksanakan sebelum ini berjaya mengurangkan penggunaan gula dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Desa Ulu Kenas, Manong di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes di negara ini.

Mengulas mengenai Klinik Desa Ulu Kenas, Dr Subramaniam berkata klinik itu merupakan klinik desa ke-25 memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Kuala Kangsar.


Katanya klinik yang menelan kos RM2.6 juta itu menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, rawatan pesakit luar serta perkhidmatan ibu dan anak.

Selain klinik desa tersebut, daerah Kuala Kangsar turut mempunyai enam Klinik Kesihatan dan dua Klinik Ibu dan Anak.

Kawasan operasi klinik tersebut merangkumi lebih 1,500 penduduk Ulu Kenas dan penduduk tiga buah kampung sekitarnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori