Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PKP: Dibenar Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi tempoh kepada orang ramai yang berada di kampung...

PRN Bukan Keutamaan Buat...

KUCHING - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak menjadi keutamaan kerajaan Gabungan Parti...

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika...

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang menjaring ikan di Lubuk Beruk,...

620 Murid Cipta Rekod...

ISKANDAR PUTERI - Seramai 620 murid daripada 24 sekolah rendah dan 32 taska...

Belum Ada Keputusan Muktamad Berhubung Kenaikan Kadar Tol

KUALA LUMPUR – Belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat setakat ini berhubung kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya di negara ini.

Naib Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Sazally Said berkata rundingan berhubung perkara ini masih lagi berjalan.

“Berdasarkan Perjanjian Konsesi memang terdapat beberapa lebuh raya yang layak mendapat kenaikan tol pada tahun ini.

“Bagaimanapun, rundingan antara syarikat konsesi dan pihak kerajaan masih lagi berlangsung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam yang menyebut kerajaan akan membuat keputusan muktamad dalam masa terdekat ini mengenai jumlah kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya di negara ini.


Kelapan-lapan lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Empat lebuh raya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori