SEORANG pemandu lori di Britain sanggup berhabis £6,000 (RM36,056) untuk menjalani dua pembedahan bagi ‘memperkasakan’ kemaluannya.
Hasilnya menurut Leon Pestana, 25, alat sulitnya kini sangat besar sehingga tak mampu digenggam tangannya sendiri.
“Saya beritahu doktor saya mahukan saiz besar seperti gergasi, dan betul-betul saiz gergasi mereka bagi,” katanya, memetik laporan disiarkan Metro UK.
Bapa kepada dua anak ini turut mengaku, melakukan pembedahan tersebut kerana didorong dengan kebiasaan para wanita melakukan pembedahan membesarkan payudara.
Apabila seorang rakan memberitahu ada klinik yang dapat menunaikan hajatnya, Pestana melakukan carian di Internet dan tidak berpaling lagi daripada niatnya itu.
Malah selepas melakukan proses ‘membesar dan memanjangkan’ alat sulitnya, Pestana memberitahu dia berkongsi gambar terbaharu perubahan yang dapat dilihat dengan rakan-rakan di Whatsapp.
“Lebih besar lebih baik. Jika kamu lihat senjata, lebih besar pelurunya maka lebih bagus kan!” katanya yang mendakwa sangat berpuas hati dengan hasil pembedahan yang dijalani.
Bagaimana pun Pestana berkata, dia tidak akan menjalani pembedahan sama buat kali ketiga kerana ia boleh membuatkan alat sulitnya bersaiz tidak lagi normal buat manusia biasa.  – MYNEWSHUB.CC