Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kapal LMS Mantapkan Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yakin pembelian empat kapal misi pesisir...

Model Cantik Hidap Asexual,...

Selena Seraphine adalah seorang model. Pada usia 18 tahun, tidak dapat disangkal lagi...

Najib Beri Taklimat 1MDB...

PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi taklimat...

Abu Kassim Berjaya Bawa...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu...

BN Sarawak Perlu Bincang Isu Adun Tanpa Parti

KUCHING – Keempat-empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu duduk semeja untuk membincangkan nasib sembilan anggota Dewan Undangan Negeri yang masih tidak menyertai mana-mana parti.

Setiausaha Agung BN negeri, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata langkah itu boleh menyelesaikan secara muktamad isu parti yang patut mereka sertai.

“Ini baik untuk perpaduan dan penyatuan kami serta konsep perkongsian kuasa dalam BN, dan lebih penting, kestabilan politik negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sembilan ADUN berkenaan ialah Tan Sri William Mawan (Pakan), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Datuk Gerawat Gala (Mulu), Dr Johnical Rayong (Engkilili), Ranum Mina (Opar), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau), Rosey Yunus (Bekenu) John Ilus (Bukit Simuja) dan Miro Simuh (Serembu).

Mereka adalah bekas anggota dua parti mesra BN, yang perlu berundur daripada parti masing-masing untuk melayakkan diri dinamakan sebagai calon langsung BN pada pilihan raya negeri bulan lepas.

Dr Rundi berkata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga Pengerusi BN negeri, menasihati agar perkara itu diselesaikan melalui parti asal setiap ADUN berkenaan.

“Mereka telah diberi cukup masa untuk berbuat demikian, tetapi sembilan mereka kini mahu menyertai parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang sudah mempunyai 40 kerusi sendiri.


“Parti asal tidak gembira dengan keputusan mereka itu kerana ia akan menjadikan PBB begitu kuat,” katanya.

Beliau berkata PBB tidak memikat mereka supaya menyertai parti tulang belakang BN negeri itu dan mereka boleh menyertai mana-mana parti lain, kecuali PKR dan DAP.

“Kami perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera. Setelah berlalunya pilihan raya, kami perlu memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat. Tiada gunanya menjolok satu sama lain tentang perkara ini.

“Kami juga perlu menyelesaikannya kerana dua tahun mulai sekarang, kami akan turut menghadapi pilihan raya Parlimen dan semoga dengan itu, kami dapat melangkah ke hadapan dengan positif,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori