Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita OKU Dilarang Naik...

HONG KONG - Seorang wanita yang berkerusi roda kerana lumpuh tidak dibenarkan menaiki...

PBB Setuju Pantau Yaman

NEW YORK (PBB) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan...

Remaja Dikhuatiri Lemas Di...

KOTA KINABALU - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di laut Pulau...

Mudahnya Rasuah Pegawai F1...

SINGAPURA - Negara terkecil rantau Asia tenggara ini cukup berbangga dengan kadar rasuah...

BN Tak Pandang Mudah PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang mudah terhadap cabaran pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Pengarah Pilihan Raya BN PRK Kuala Kangsar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, berkata pertelagahan PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang sama-sama bertanding di PRK itu, bukanlah satu kelebihan kepada calon BN.

“Perbalahan parti lain (pembangkang) bukan tiket untuk kita yakin akan mendapat kemenangan mudah, itu hal mereka dan kita tidak masuk campur.

“Kita akan terus berusaha gigih dan bekerja kuat untuk memastikan BN akan terus menerajui Parlimen Kuala Kangsar,” kata Menteri Besar Perak itu kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Amanah dan Bebas.


Calon BN Datin Mastura Mohd Yazid akan ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16), Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori