Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Standard WIM Diguna Pakai...

PUTRAJAYA — Sebanyak 17 operator air dan pembetungan di seluruh negara akan menggunakan...

Miss Bum Bum Jalani...

Brazil – Seorang model, yang menjadi terkenal selepas memenangi pertandingan Miss Bum Bum...

Pihak Berkuasa Adil Terhadap...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa akan berlaku adil dan tidak memihak kepada mana-mana...

Mizma Galas Amanah Beri...

LAHAD DATU - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Sabah bagi kerusi Dewan...

Bot, Kapal Layar Diletakkan Secara Haram Di Langkawi Dipantau

JITRA – Polis Kedah akan bekerjasama dengan Jabatan Laut bagi membuat pemeriksaan rapi ke atas beratus bot dan kapal layar yang diletakkan secara haram di jeti sekitar Pulau Langkawi.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata, ia bagi mengelakkan berlaku kes membabitkan senjata api yang disimpan di bot berkenaan, yang biasanya melibatkan warga asing seperti kes-kes sebelum ini.

“Bot dan kapal layar ini tidak mendaftar dengan pihak berkuasa serta tidak mengisytiharkan kargo yang dibawanya. Kita khuatir ada kes penyimpanan senjata api seperti sebelum ini,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Pada Feb 2015 yang lalu, Polis Kedah merampas lima senjata api dan ratusan peluru dari sebuah kapal layar milik warga Afrika Selatan yang ditinggalkan di jeti Pulau Langkawi.

Turut dirampas dari kapal layar itu ialah tiga teleskop penembak tepat dan penyenyap bunyi serta tiga kelopak peluru pelbagai saiz untuk kegunaan senjata api terbabit.

Sementara itu, Zamri berkata pihaknya akan memanggil pengurus bank di sekitar kawasan yang sering berlaku rompakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), khususnya di Alor Setar, Kulim, Kubang Pasu dan Sungai Petani bagi meningkatkan kawalan keselamatan terutama di musim perayaan.

“Kita akan berjumpa dengan mereka untuk beri taklimat mengenai keperluan tingkatkan kawalan keselamatan mesin ATM. Selain itu, kita juga akan mengerahkan Unit Rondaan Bermotosikal untuk lebih kerap melakukan rondaan di kawasan ini,” katanya.


Ia susulan beberapa kejadian mesin ATM yang diletupkan tahun ini oleh perompak yang menggunakan bom buatan sendiri pada Feb dan April lalu, yang mengakibatkan kerugian hingga ratusan ribu ringgit.

Mengenai isu pegawai dan anggota polis yang keluar dari sempadan negara tanpa urusan rasmi dan dokumen khas, beliau berkata pihaknya ada membuat pemeriksaan mengejut di sempadan Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung.

“Ada pegawai kita ke sana tanpa tuntutan rasmi dan kita ambil tindakan bersesuaian termasuk tindakan displin sebagai pengajaran,” katanya.

Terdahulu, Zamri menyaksikan majlis serah tugas di antara Timbalan Ketua Polis Dungun Supt Abd Hadi Hassan yang dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kubang Pasu yang baharu menggantikan ACP Abd Rahim Abdullah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori