Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ragaman Bukan Kisah Saya...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Faizal Tahir, 39, menolak tanggapan lagu baharunya, Ragaman, dihasilkan...

Tahukah Anda Siapa Pegang...

LEBIH 16 abad lalu, sebelum Islam diperkenalkan ke seluruh dunia, cucu-cucu lelaki Qusai...

Hina Nabi: Umat Islam...

NEW DELHI: Umat Islam di India bersatu hati melancarkan protes bagi menggesa Jurucakap...

Tol Akan Naik Kalau...

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak...

Buah Kelapa Laut Dapat Sambutan Ketika Ramadan

BALING – Peniaga buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai oleh penduduk tempatan di sini, mampu meraih keuntungan sehinga RM300 sehari hasil jualan buah yang mendapat banyak permintaan terutamanya dalam bulan Ramadan.

Buah yang berwarna kelabu kehitaman, rata-ratanya dibawa dari wilayah Selatan Thai terutamanya Pattani yang pokoknya tumbuh subur di kawasan itu.

Azman Sudin, 50, yang berniaga di pekan Baling di sini berkata, dia sudah membuat tempahan buah Thai dari peniaga di Pattani sejak dua minggu sebelum Ramadan tiba kerana tahu buat itu mendapat permintaan tinggi ketika musim ini.

“Buah ini mempunyai isi seakan-akan agar-agar yang lembut dan manis, dan biasanya dijadikan campuran dalam minuman serta mempunyai khasiat seperti mengurangkan panas dalam badan dan batuk,” katanya kepada Bernama.


Buah tersebut dijual dengan pelbagai harga berbeza mengikut saiz iaitu RM8, RM5 dan RM4, dan menurutnya beliau mampu menjual sehingga hampir 50 biji buah kelapa laut pada hari pertama Ramadan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori