AMERIKA SYARIKAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun menghubungi polis untuk membuat laporan terhadap bapanya sendiri.
Robbie Richardsoon, baru-baru ini menghubungi 911 untuk mengadu tentang bapanya yang tidak menghentikan kereta di lampu merah.
Bapa Robbie, Michael Richardson memberitahu ketika dia sedang memandu kereta, anaknya itu juga berada dalam kereta tersebut dan apabila dia tidak berhenti di lampu merah, anaknya telah memberikan teguran kepadanya.
“Ayah baru sahaja melanggar lampur merah, saya akan menghubungi polis,” kata Robbie.
Michael kemudian memberitahu anaknya, tidak menjadi masalah melanggar lampu isyarat merah jika tiada kenderaan yang menuju ke kawasan tersebut.
Tanpa disangkanya, Robie benar-benar bertindak menghubungi pihak polis seperti yang dikatakannya. Jabatan Polis Quincy kemudian memuat naik video panggilan itu ke YouTube.
Robbie: “Ayah saya melanggar lampu merah. Ayah ada trak hitam. Ayah berada dalam kereta baru milik ibu saya.”
Polis: “Kemudian apa yang terjadi?”
Robbie: “Ayah perlu ke tempat mencuci kereta, dan kemudian ayah melanggar lampu merah.”
Polis kemudian meminta untuk bercakap dengan bapanya, membuatkan Michael segera meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.
Robbie yang bercita-cita mahu menjadi polis berkata, jika ayahnya melanggar lagi lampu isyarat merah selepas ini dia tidak akan menghubungi polis.
“Saya akan menghubungi doktor agar mata ayah boleh dirawat,” kata budak bijak ini. – MYNEWSHUB.CC