Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Thailand Lepaskan Air...

Dakwaan yang mengatakan bahawa pihak berkuasa Thailand kononnya melepaskan air dari empangan mereka...

Video: Bogel Tunggang Motosikal...

SATU video menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan bogel menunggang motosikal untuk ke kedai...

eDrive DBKL Sedia Beri...

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia memberi kerjasama sekiranya Suruhanjaya...

Wanita Buang Bayi Lelaki...

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun susulan laporan penemuan...

Calon Gesa Pengundi Manfaat Baki Sejam Untuk Mengundi

SUNGAI BESAR – Ketiga-tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar berharap pengundi-pengundi kawasan Parlimen itu memanfaatkan masa yang berbaki sejam untuk keluar mengundi bagi memilih calon wakil rakyat mereka.

Calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi ketika dihubungi Bernama berharap peratusan yang agak rendah keluar mengundi pada tengah hari tadi akan meningkat pada saat-saat akhir.

“Tapi saya lihat dalam hampir pukul 3 dan ke atas pengundi masih keluar mengundi dan ini boleh dikira suatu perkembangan positif.

“Saya berharap dan menggesa agar lebih ramai pengundi Sungai Besar turun mengundi dan tidak mempersia-siakan peluang memilih wakil rakyat mewakili kawasan mereka kelak,” katanya.

Sehingga pukul 3 petang, 65 peratus daripada 42,365 pemilih berdaftar telah mengundi.

Harapan sama turut diluah calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang berharap lebih ramai pengundi muda tunaikan tanggungjawab mereka.


“Saya diberitahu anak-anak muda di sebelah petang baru akan muncul,” katanya kepada pemberita di PDM SK Parit 13, Sekinchan.

Calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur turut mengakui jentera parti perlu bekerja lebih keras untuk menarik pengundi keluar mengundi pada saat-saat akhir ini.

“Saya rasa sebab peratus pengundi tak ramai itu berkemungkinan tanda protes bagi calon-calon tertentu,” katanya.

PRK Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar, Perak berikutan kematian anggota Parlimen kawasan masing-masing, Tan Sri Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori