Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Azwan Tersingkir, Adel Diserap...

SHAH ALAM - Pelajar Akademi Fantasia 2014 iaitu Adel yang disingkir dalam rancangan...

Anwar Marah Serangan Ke...

KUALA LUMPUR - Pembunuhan kejam yang berlaku di pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo...

Panjat Pokok Sawit, Wanita...

SEORANG wanita meninggal dunia akibat dibaham oleh seekor harimau ketika melakukan kajian di...

Wanita Bertelanjang Selamba Menari...

HOUSTON - Suatu pemandangan yang aneh berlaku semasa insiden melibatkan tiga buah trak...

Cari Pelanggan, Warga Bangladesh Didenda RM2,200

KUALA LUMPUR – Seorang buruh warga Bangladesh didenda RM2,200 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencari pelanggan bagi tujuan aktiviti pelacuran.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mukul, 29, yang didakwa atas kesalahan mencari pelanggan bagi maksud persundalan di Jalan Tun Razak persimpangan Jalan Pudu, di sini, pada 9 malam, 15 April lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mukul yang diwakili peguam, Vincent Chew Zi Xian memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan tertuduh perlu menyara keluarga di Bangladesh.

Di Mahkamah Majistret berasingan, seorang bapa dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki motosikal curi dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, Ahad lepas.

G. Suresh Kumar, 49, didakwa memiliki motosikal curi itu dan gagal mengemukakan dokumen diri di Jalan Pintasan Segambut, Sentul, di sini pada 12.50 tengah hari, 5 Jun lepas.


Bagi kesalahan memiliki motosikal curi, Suresh Kumar dihukum penjara enam bulan dan bagi pertuduhan gagal mengemukakan kad pengenalan diri, dia dihukum penjara dua bulan.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bagi kedua-dua kesalahan itu secara berasingan bermula dari tarikh tangkap, 5 Jun
lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun Suresh Kumar, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan dengan alasan dia menanggung ibu, isteri dan seorang anak perempuan berumur empat tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori