Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Shahrizat Turun Padang, Pelakon...

TUMPAT (Kelantan) - Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari...

Taufan Michael Bakal Cetus...

MIAMI - Taufan Michael dijangka mengukuhkan kekuatannya hari ini di Teluk Mexico dengan...

Najib Pertahan Diri Dana...

TEGAS... Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pendiriannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion...

1 Maut, 6 Cedera...

KOTA KINABALU - Seorang maut manakala enam lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan...

Pelajar Kita Catat Sejarah Di Bumi Jordan

Kuala Lumpur – Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Jordan, Puteri Sollehah Azlan, 24, mengharumkan nama negara apabila memperoleh keputusan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan perubatan di Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST).

Kemampuan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, itu untuk meraih keputusan cemerlang bukan mengejutkan kerana sebelum ini dia mencatat keputusan 11A ( 10A+ dan 1A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ibunya, Raja Zarina Raja Othman berkata, Puteri Sollehah mendapat markah tertinggi antara graduan perubatan lain di universiti berkenaan bagi tahun ini.

Katanya, kejayaan turut diraikan Duta Malaysia ke Jordan Zakri Jaafar dalam satu majlis khas baru-baru ini sebelum hari konvokesyennya.

“Kejayaan Puteri Sollehah diharap menjadi perangsang pelajar di dalam dan luar negara mencapai yang terbaik dalam pelajaran.

“Kami sekeluarga gembira dengan kejayaan berkenaan dan berdoa Puteri Sollehah dapat menggapai cita-citanya menjadi doktor pakar dalam perubatan forensik suatu hari kelak,” katanya.


Sementara itu, Atase Pendidikan (Education Malaysia Jordan) Kamarulzaman Mustappa ketika dihubungi berkata, Puteri Sollehah antara empat graduan dari Malaysia mendapat keputusan cemerlang Kepujian Kelas Pertama pada konvokesyen universiti terbabit, baru-baru ini.

Kata Kamarulzaman, daripada jumlah itu, seorang pelajar jurusan pergigian dan Puteri Sollehah memperoleh markah tertinggi berbanding tiga pelajar cemerlang lain.

Katanya, sebelum ini, tiada pelajar Malaysia memperoleh keputusan cemerlang Kepujian Kelas Pertama dalam bidang perubatan di universiti terbabit dan empat pelajar itu mencatat sejarah.

“Mereka diraikan dalam Majlis Graduan Gemilang anjuran JPA dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jordan bersama beberapa pelajar cemerlang lain,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori