Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRK K.Kangsar: Mastura Dikenali,...

KUALA KANGSAR - Walaupun Datin Mastura Mohd Yazid, calon Barisan Nasional (BN) bagi...

Pelaburan Di AS Selari...

KUALA LUMPUR - Pelaburan Khazanah Nasional Bhd di Amerika Syarikat (AS) selari dengan...

Pengkritik Kecewa Dengan Finale...

KUALA LUMPUR - Menamatkan 24 tahun kejayaan yang panjang  bukanlah kerja mudah.Selepas mendapat...

Murid Pulang Bercuti Tahun...

KUALA LUMPUR: Pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu...

Cucu Curi Kad ATM Ditahan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan polis di dua lokasi di Setapak, pagi tadi, selepas didapati mengeluarkan wang berjumlah RM17,000 daripada akaun menggunakan kad ATM tanpa pengetahuan dan kebenaran pemiliknya.

Seorang daripada suspek adalah cucu mangsa yang dipercayai mencuri kad ATM mangsa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa berusia 68 tahun menyedari kad berkenaan hilang Ahad lalu dan membuat laporan polis.

“Warga emas ini mengesyaki cucunya yang berusia 18 tahun mencuri kad itu sebelum polis membuat serbuan di rumah di Flat Danau Kota dan menahan cucu mangsa.

“Serbuan kedua dilakukan di rumah di Taman Danau Kota dan menahan seorang lagi suspek juga berusia 18 tahun,” katanya.


Beliau berkata, serbuan kedua menemui kad ATM milik mangsa dan wang tunai berjumlah RM15,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori