Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mentega Lemak Manis Dari...

SEORANG ibu mendedahkan cara bagaimana dia membuat mentega daripada susu ibu sendiri.Michelle Cohn, 26,...

3 Bulan Tunang, Ummi...

PELAKON popular, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 26, yang kini bergelar tunang...

Hujan Lebat: MRR2, Ampang...

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan rendah di pinggir ibu kota terutama di Jalan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat...

Dahulu Sotong, Kini Timun Pula Jadi Pak Nujum

ANDA masih ingat dengan sotong kurita bernama Paul?

Sewaktu Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia pada 2010, ahli nujum dasar laut itu digunakan untuk meramalkan keputusan buat setiap perlawanan bola sepak.

Enam tahun kemudian, banyak perkara sudah berubah, malah Paul telah mati di dalam tangki di Jerman setelah beberapa bulan kejohanan berakhir.

Biarpun Paul telah pergi, kini muncul penggantinya yang juga merupakan ‘seorang’ ahli nujum, iaitu timun.

Memetik Metro.uk, timun yang digelar Ennustajakurkku telah mengagumkan orang ramai apabila berjaya meramal kemenangan dengan ‘kuasanya’.

lol2

Kaedah yang digunakan sama seperti permainan memusingkan botol di mana timun itu akan menunjukkan mana pasukan yang dirasakan akan menang.

Jarak yang paling dekat antara nama pasukan dengan timun tersebut diputuskan sebagai pasukan yang akan memenangi kejohanan itu.


timon2

timon3

Difahamkan, setakat ini ramalan yang betul diramal oleh timun ini termasuklah perlawanan Rusia dan Slovakia, Romania menentang Switzerland serta Sepanyol menentang Republik Czech.

Kini, Ennustajakurkku mempunyai lebih 1,000 pengikut di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.uk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori