Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

NRRET Tidak Siasat 1MDB!

KUALA LUMPUR - National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) bukan satu pasukan petugas...

Vietnam Destinasi Ke-6 Larian...

KUALA LUMPUR - Larian Baton Bangkit Bersama yang diadakan bersempena penganjuran Sukan SEA...

MP DAP ‘Ditibai’ Putar...

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Cheras (DAP) Tan Kok Wai hari ini malu sendiri apabila...

Baru 6 Tahun, Jana...

HOBI seorang kanak-kanak ini bukan sahaja menarik perhatian ramai kanak-kanak seusianya, malah membuatkan...

Tuduhan Skandal: Muhyiddin Gesa Raja Petra Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tuduhan liar yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Katanya lagi, tuduhan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam beberapa siri entri blognya menjijikkan.

“Segala tohmahan tersebut adalah fitnah jahat dan sangka buruk yang disebarkan semata-mata untuk merosakkan integriti serta berbaur politik yang cukup menjijikkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Sempena bulan Ramadan yang juga merupakan bulan keampunan dan kerahmatan, seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa semoga dihapuskan segala dosa-dosanya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook.

Muhyiddin berkata Raja Petra harus meminta maaf jika dia sedar kesalahannya.


“Saya percaya kesemua tohmahan ini bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya setelah saya tidak lagi berada di dalam kabinet dan terus lantang bersuara untuk mencari kebenaran.

“Dugaan Allah SWT kepada saya amat besar di bulan Ramadan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kita,” katanya.

Raja Petra dalam beberapa artikelnya, berkata Muhyiddin terlibat dalam skandal terlarang. – Astro Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori