Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Video: Warga Australia Nyanyi...

VIRAL di laman sosial beberapa hari lalu klip video seorang warga Australia menyanyikan...

MASEU Rancang Tubuh Koperasi...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) merancang menubuhkan koperasi bagi...

MUDA Lancar Kempen Dana...

BATU PAHAT : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) melancarkan kempen dana SAPOT MUDA,...

Jambatan P.Pinang Ditutup Sempena...

GEORGE TOWN - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup dari 12 tengah malam hingga...

Pilihan Raya Kecil: DAP Akui Kelemahan Pembangkang

GEORGE TOWN – Kelemahan Pakatan Harapan telah menyebabkan parti pembangkang itu tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau mengakui Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya jentera pilihan raya.

“Kami terima keputusan ini dengan hati terbuka kerana ini adalah keputusan rakyat, dan kami hormatinya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Harapan tidak patah semangat dan mampu bangkit semula bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

DAP juga bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk mengadakannya dalam masa terdekat, kata Lim.


Ditanya mengenai cadangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya semua parti pembangkang berbincang bagi menyusun strategi menghadapi PRU14, Lim berkata beliau akan menemui Mohamed Azmin berhubung perkara itu.

BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura Mohd. Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada PRK Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd. Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori