Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Peserta Thailand Seret 17...

WOW... peserta ratu cantik Miss Universe dari Thailand, Chalita Suansane, telah mengejutkan ramai...

Empat Lagi Suspek Kes...

GEORGETOWN - Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja...

BN Tidak Terima Calon...

MIRI - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan...

Kerajaan Sasar 2,000 Saintis...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasar untuk melahirkan 2,000 saintis data menjelang 2020 bagi...

DAP Ambil Kesempatan Kes Pedofilia

KUALA LUMPUR – DAP seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripada kes seorang penjenayah kes pedofilia di Britain berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual ke atas puluhan kanak-kanak Malaysia dan Kemboja untuk memburuk-burukkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia ekoran kenyataan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching yang mempersoalkan sama ada pihak PDRM ada mengambil sebarang tindakan andai laporan pernah dibuat oleh keluarga mangsa ke atas lelaki bernama Richard Huckle, 30, tersebut.

“Saya menuntut penjelasan pihak PDRM jika ada laporan polis dibuat ke atas Huckle semasa dia berada di negara ini dari tahun 2006 hingga 2014. Jika ada apa tindakan polis ke atas laporan itu.

“Sukar dipercayai tiada keluarga yang menyedari ada perkara tidak kena tetapi tiada seorang daripada mereka membuat laporan polis ke atas pedofilia itu. Jika ada tindakan segera pasti kita boleh menghalang lebih ramai menjadi mangsanya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan bahawa Huckle yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual ke atas puluhan kanak-kanak dari Malaysia dan Kemboja.


Huckle, 30, yang berasal dari Ashford, Kent mensasarkan mangsanya seawal usia 6 bulan, dari kalangan anak-anak keluarga miskin.

Segala-galanya terbongkar selepas polis Australia mengesan laman web pedofilia dipanggil Love Zone; yang tersembunyi di sebalik laman web gelap serta menggunakan kata laluan rahsia.

Laman web yang menyimpan puluhan ribu akaun pengguna itu, menawarkan banyak gambar-gambar dan video menunjukkan kanak-kanak didera secara seksual. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori