Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gambar Fazura Selfie Bersama...

DI Malaysia, isu mengenai anjing boleh dikatakan sesuatu yang begitu sensitif dan taboo khususnya...

Polis Buru Suspek Utama...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua lelaki yang dipercayai suspek utama kes letupan...

Drama Nur Sah Disambung...

PENERBIT dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad, tidak mahu terlalu memikirkan...

Mat Sabu Dakwa Konon...

KUALA LUMPUR - "Saya berpengalaman mengembangkan parti Islam lebih daripada 38 tahun," tegas...

DAP Cuba Jadikan PAN Parti Penyelamat Mereka

SUNGAI BESAR – Badan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa DAP cuba menggunakan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai parti penyelamat jika ia dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad berkata DAP mengambil langkah itu, selepas talian hayatnya, PAS yang sebelum ini bersetuju ‘meminjamkan logonya untuk DAP’, telah memutuskan hubungan kerjasama dengan mereka.

“Sudah tiga tahun lebih berlalu, ROS masih tidak lagi membuat keputusan berhubung status DAP susulan siasatan kontroversi keputusan pemilihan parti itu pada 2013, sama ada parti itu boleh dikekalkan atau dibubarkan,” katanya dalam sidang media di Sekinchan, di sini hari ini.

Pada 2013, ROS telah mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas mendapati berlaku penyelewengan dan manipulasi undi oleh parti itu pada pemilihan awal pada Disember 2012.

Selepas pemilihan semula dilaksanakan, terdapat pula dakwaan sesetengah anggota parti itu dinafikan hak untuk menghadiri kongres parti itu sebagai perwakilan.


Manakala pada Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata ROS masih menyiasat DAP masih berjalan kerana ada ‘percanggahan’ dalam dokumen yang dikemukakan dan RoS tidak berpuas hati dengan dokumen-dokumen yang DAP disediakan.

Justeru, kata Hasan MPM menggesa ROS untuk segera mengemukakan status siasatan berkaitan isu itu yang telah berlarutan sekian lama kerana dibimbangi akan mengelirukan orang ramai khususnya pengundi jika dibiarkan berterusan.

Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Organisasi Nasional Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak pula mendakwa PAN merupakan sebuah parti yang berada dalam ‘kedai pajak gadai’ dan ditebus oleh mereka yang mahu menggunakannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori