Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hasan Bukan Orang Asing...

ROMPIN - Tepukan gemuruh dan sorakan orang ramai semasa nama pemangku Ketua Umno...

Jijik.. Sanggup Jilat Mangkuk...

ADUHAI, loya tekak kami tatkala melihat aksi menjilat mangkuk tandas oleh seorang rekrut tentera...

Perjelas Komitmen BN Martabatkan...

KUALA LUMPUR - Seiring manifesto Barisan Nasional (BN) yang memberikan keutamaan kepada golongan...

Wanita Diikat Di Landasan...

KEJAM. Seorang lelaki telah membunuh bekas isterinya dengan mengikat wanita itu di landasan...

DAP Nyalakan Api Anti RUU 355 Raih Undi Cina

SEJAK 5 Jun selepas Penamaan Calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP tiba-tiba membisu terhadap isu RUU 355 yang dibentangkan Presiden Pas pada Persidangan Dewan Rakyat yang lalu.

Mulai 5 Jun, DAP menukar taktik serangan sejajar dengan mood kempen PRK yang akan berakhir pada 17 Jun nanti. Walaupun agresif membangkitkan kemarahan masyarakat bukan Islam sejak usul RUU dibentang secara persendirian oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 27 Mei lalu, Dap tiba-tiba senyap dan menyepi terhadap isu RUU 355 sebaik kempen PRK bermula.

Malah, di Sungai Besar terutama di Sekinchan, DUN paling ramai pengundi Cina untuk parlimen Sungai Besar, Dap tiba-tiba membangkitkan isu perkauman dengan memasang poster anti Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos.

Poster besar dipasangkan pada papan tanda dengan sengaja menyemarakkan api anti Umno dengan tulisan menyebut Jamal pernah berkata: “Cina Babi!”

48 jam selepas sepanduk besar itu dinaikkan, dalam sidang media bersama, PAN selaku sekutu Dap memaklumkan poster tersebut akan diturunkan. Malah, Setiausaha Publisiti Tony Pua hadir sama dalam sidang media itu.

Kita menjangkakan isu RUU 355 akan dijadikan bom saraf yang akan digugurkan pada saat akhir, terutama melalui gerila media baharu DAP yang dikenali sebagai Red Bean Army. Ini memandangkan, sentimen RUU 355 boleh membangkitkan rasa takut pengundi Cina dan seterusnya menyebabkan mereka keluar mengundi calon PAN, sebagai tanda protes terhadap kerjasama Pas dan Umno dalam pembentangan usul RUU 355.

Namun, semalam 10 Jun, di pentas kempen Sungai Besar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka ketika berucap – menyalakan api pertama menjadikan RUU 355 sebagai bahan kempen PRK. Kit Siang menyifatkan, RUU 355 sebagai bukan undang-undang Islam. Malah, RUU 355 sebagai undang-undang ciptaan Hadi Awang.

Kit Siang menganggap, mengundi Pas dalam PRK kali ini satu pembaziran. Walaupun secara relatif, Umno memberi lampu hijau pada Pas untuk membawa usul RUU 355 ke Parlimen, Penasihat DAP itu lebih bias terhadap Pas.

Ini serangan pertama menggunakan isu RUU 355 dalam kempen PRK. Sebabnya mudah. 30 peratus pengundi Cina di Sungai Besar dan 20 peratus lagi di Kuala Kangsar menampakkan tanda-tanda tidak berminat untuk keluar mengundi. Sentimen ini sama seperti PRK Teluk Intan. Pengundi Cina cenderung untuk tidak membabitkan diri dalam PRK sekali pun di kawasan kubu kuat DAP.


Untuk membantu sekutunya PAN, DAP perlu melakukan sesuatu yang tragik. Kempennya mesti mampu menyeret pengundi Cina keluar menyokong PAN yang jelas gagal mendapat perhatian pengundi Melayu di kedua-dua kawasan.

Ini percubaan pertama PAN dalam pilihanraya di Semenanjung. Apa lagi di Selangor, DAP mengharapkan PAN mampu merampas 15 kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi Pas.

PAN sejak ditubuhkan selepas krisis pemimpin-pemimpin moderat liberal disingkirkan dalam pemilihan Muktamar Pas pada 5 Jun 2015, belum menikmati apa-apa kejayaan di peringkat pilihanraya. Malah percubaan parti itu di PRN Sarawak berakhir dengan keputusan yang memalukan kerana hilang banyak wang pertaruhan di 11 kerusi yang ditandingi.

Apabila Kit Siang bermain dengan isu RUU 355, ia sudah boleh dijangka bahawa senjata terakhir terpaksa digunakan seminggu lebih awal kerana respon negatif pengundi Melayu terhadap PAN terlalu jelas. Untuk membantu PAN, RUU 355 ialah kad joker tunggal yang dimiliki Dap, dalam perjudian mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Kad ini pula dilihat sesuai memandangkan respon dan analisis awal mendapati majoriti penduduk Cina di kedua-dua kawasan masih tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai RUU 355. Malah dalam kaji selidik portal berita pro pembangkang mendapati, ramai responden pengundi Cina beranggapan, RUU 355 ialah Hukum Hudud yang akan mengenakan hukuman potong tangan bagi kes-kes mencuri.

DAP jelas terdesak. Jentera BN terutama MCA dan Gerakan harus segera bertindak sebelum terlewat. Pengundi Cina harus dimaklumkan: RUU 355 tiada kaitan dengan Hukum Hudud!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori