PENYANYI tersohor nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyatakan kerinduannya akan saat-saat beliau menjual kuih di zaman remajanya.
Menerusi sebuah akhbar tempatan Siti menyatakan, perasaan itu timbul kerana dia dan adik-beradiknya pernah berniaga kuih-muih di bazar Ramadan.
Sehubungan itu beliau terfikir mahu membuka gerai di hadapan rumahnya di Ampang.
“Tidak dinafikan sesekali datang perasaan rindu nak berniaga seperti dulu apatah lagi pembantu rumah saya sememangnya pakar memasak dan berkebolehan membuat kuih-muih.
“Perkara ini membuatkan hati saya beberapa kali terdetik nak buka sebuah gerai kecil-kecilan menjual kuih muih di depan rumah sekarang. Tetapi tidak pula saya suarakan hasrat itu kepada suami, sekadar terniat di hati sendiri,†katanya.
Jelas Siti lagi, pengalaman yang pernah dilalui sewaktu berniaga di bazar Ramadan membuatkan dirinya faham benar akan perasaan peniaga-peniaga yang mengharapkan para pelanggan membeli di gerai mereka.
“Suatu ketika saya pernah berada di tempat mereka dan saya faham perasaan mengharapkan kita membeli di gerai mereka,” ujarnya.
Atas sebab itulah jika berkunjung ke bazar, Siti lebih selesa berada di dalam kereta dan sesekali membuka tingkap menegur peniaga-peniaga yang ada di sekitar sahaja.
“Bagi mengelakkan rasa serba salah itu, saya hadkan waktu ke bazar Ramadan. Paling tidak saya hanya tunggu di kereta dan sesekali membuka tingkap menegur makcik-makcik berniaga,†ujar Siti. -MYNEWSHUB.CC