Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tabung Perubatan KKM Terima...

PUTRAJAYA - Tabung Sumbangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani pandemik koronavirus...

Kapal Perang Di Laut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berkata, kehadiran kapal...

Panglima TLDM Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad...

Penganggur Didakwa Miliki Pisau...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur bakal berdepan hukuman penjara selepas didakwa di Mahkamah...

“Dia Alih Beg Sekolah Budak Tu, Dia Buka Zip Seluar”

KES pedofilia atau gangguan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur nampaknya semakin merisaukan di Malaysia.

Terbaharu, seorang saksi yang dikenali sebagai Zarra Asyaari menceritakan kejadian yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Mangsa hampir dirogol oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal di belakang rumahnya Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Zarra menerusi perkongsian di laman sosialnya, pada mulanya tidak menyangka kisah yang sering didengari di media, kali ini berlaku di hadapan matanya sendiri.

"Dia Alih Beg Sekolah Budak Tu, Dia Buka Zip Seluar"

Menurutnya, dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, dia  ketika itu sedang berada di dapur untuk menyiapkan bekalan makanan anaknya yang akan ke taska pada jam 12 tengah hari.

Ketika dia merenung di bahagian luar dari tingkap di rumahnya, kelihatan seorang lelaki yang membawa motosikal sambil membonceng seorang kanak-kanak perempuan telah memberhentikan motosikalnya betul-betul berhampiran dengan kawasan di belakang rumahnya.

"Dia Alih Beg Sekolah Budak Tu, Dia Buka Zip Seluar"

Perhati punya perhati, alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki berkenaan cuba melondehkan seluarnya dan kemudian menarik kain kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ini.

“Lelaki tu alihkan beg budak itu sambil mata dia pandang kiri dan kanan, dia tak nampak saya disebabkan cermin dapur memang gelap, dari dalam je boleh nampak.

“Lepas dia alihkan beg budak tu, dia buka zip seluar dia, dia angkat baju budak tu lepas itu dia nak tarik kain budak tu,” katanya.

Zarra yang begitu terkejut dengan kejadian itu segera mengetuk tingkap dan menjerit sekuat hati bagi menghalang lelaki berkenaan daripada meneruskan aksi jijik itu.


Lelaki tersebut kemudian terus memecut motorsikal bersama-sama kanak-kanak tersebut dan meninggalkan kawasan rumah pengadu.

Saksi kemudian terus bertindak menyiasat identiti mangsa dan pelaku sehinggalah diberitahu bahawa uniform prasekolah yang digunakan oleh kanak-kanak berkenaan adalah dari taska yang terletak berhampiran rumahnya.

"Dia Alih Beg Sekolah Budak Tu, Dia Buka Zip Seluar"

Atas dasar tanggungjawab dan prihatin pada nasib mangsa, Zarra turut membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan lelaki berkenaan.

Namun, apa yang lebih mengecewakan, bapa kepada kepada kanak-kanak perempuan itu meminta Zarra menarik balik laporan polis disebabkan pelaku mempunyai pertalian saudara dan ingin menjaga nama baik.

Tindakan bapanya itu seterusnya menyebabkan lelaki berkenaan mendapat kecaman yang teruk dari netizen kerana mengetepikan maruah anak sendiri semata-mata ingin menjaga nama baik keluarga.

Berikut adalah kemas kini terbaharu kejadian seperti diceritakan Zarra Asyaari. – MYNEWSHUB.CC

"Dia Alih Beg Sekolah Budak Tu, Dia Buka Zip Seluar"

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori