Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

BN Terengganu Umum Calon...

KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mengumumkan calon-calon yang akan bertanding...

Sumbangsaran Inap Desa Dicadang...

LANGKAWI - Satu pertemuan sumbangsaran akan diadakan di Melaka tidak lama lagi bagi...

Isu Kualiti Hidup, Kenyataan...

PUTRAJAYA - Artikel bertajuk "Rakyat Malaysia: lahirkan anak dahulu, jangan fikirkan kualiti hidup...

Iran Keluarkan Laporan Nahas...

TEHRAN - Iran pada Khamis telah mengeluarkan laporan awal mengenai pesawat penumpang Ukraine...

Didakwa Ciplak Lagu, Ed Sheeran Disaman RM80 Juta

PENYANYI Ed Sheeran telah disaman sebanyak US$20 juta (RM80 juta) selepas didakwa meniru sebuah lagu lain dalam penghasilan lagu hitsnya, Photograph.

Komposer dan penulis lirik, Martin Harrington dan Thomas Leonard telah memfailkan saman kerana Photograph didakwa meniru lagu Amazing yang digubah mereka untuk pemenang program realiti X Factor, Matt Cardle.

Memetik The Hollywood Reporter, lagu Ed dikatakan mempunyai persamaan dengan komposisi lagu yang ditulis dua komposer tersebut.

Dalam tuntutan saman itu tertulis, persamaan itu terdapat dari segi penggunaan perkataan, gaya nyanyian, melodi dan rentak yang dipercayai menyerupai Amazing.

Amazing dikeluarkan pada 2012 manakala Photograph dilancarkan tiga tahun kemudian.

Photograph didakwa hasil ciptaan Ed dan ahli kumpulan Snow Patrol, Johnny McDaid.


Sehubungan itu Harrington dan Leonard menuntut saman ganti rugi serta royalti daripada pihak Ed.

Komposer tersebut diwakili peguam Richard Busch yang sebelum ini memenangi kes tuntutan keluarga mendiang penyanyi Marvin Gaye terhadap Robin Thicke dan Pharrell yang didakwa meniru lagu Marvin, Got To Give It Up bagi lagu mereka berjudul Blurred Lines.

Dalam kes tersebut, Robin dan Pharrell telah diarahkan membayar US$7 juta (RM29 juta) kepada keluarga mendiang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori