Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

LHDN Tawar Pengurangan Penalti...

PUTRAJAYA - Pembayar cukai yang belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan Borang...

Hilang Sabar, Jasmin Hamid...

ENTAH di mana silapnya nama Jasmin Hamid tiba-tiba menjadi bahan kecaman netizen gara-gara...

Biadap, Sistem Patuh Syariah...

SYARIKAT penerbangan baharu, Rayani Air telah mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan pertama di...

Sediakan Stok Simpanan Ikan...

SUNGAI BESAR - Golongan nelayan dan pengusaha industri perikanan digalakkan supaya mewujudkan lebih...

Dituduh Tiru Paten, Jualan iPhone 6 Dihalang Di China

CHINA yang begitu sinonim dengan barangan ‘buatan sendiri’ nampaknya sudah mula mengambil tindakan drastik apabila mengumumkan mahu menyekat kemasukan jenama Apple ke pasaran tempatan mereka.

Republik itu sudah pun menghalang akses perkhidmatan Apple iBookstore dan iTune Movies sebelum ini.

Mahkamah sana turut mengarahkan Apple menggantung penjualan iPhone 6 dan 6 Plus berikutan halangan undang-undang yang dikemukakan sebuah syarikat di Shenzen berhubung isu paten, baru-baru ini.

Menurut laporan Gizmodo, iPhone telah melanggar paten reka bentuk untuk model 100C yang dihasilkan syarikat Shenzhen Baili.

Dituduh Tiru Paten, Jualan iPhone 6 Dihalang Di China

“iPhone 6 dan iPhone 6 Plus mempunyai perbezaan kecil dengan 100C Baili, menyebabkan ramai pelanggan gagal mengecam dan keliru dengan kedua-dua jenis peranti ini. Oleh itu kes diklafikasikan dalam kategori perlindungan hak paten,” kata penguasa Pejabat Harta Intelek Beijing.

Arahan tersebut dikeluarkan pada Mei lepas namun jualan diteruskan sementara menanti keputusan mahkamah Beijing apabila Apple membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.


Apa yang bertambah pelik, pengantungan jualan tidak melibatkan iPhone 6s atau iPhone 6sPlus yang juga mempunyai reka bentuk sama dengan model yang dihentikan jualan.

Awal bulan lalu, Apple gagal dalam pendakwaan undang-undang terhadap sebuah syarikat China yang menjual barangan kulit berjenama IPHONE. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Gizmodo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori