VIRAL di laman sosial, beberapa gambar anggota polis trafik menahan kereta yang berada di atas jalan raya, pada waktu berbuka puasa.
Walau bagaimanapun, page Facebook yang berkongsikan foto tersebut menjelaskan penahanan itu bukanlah untuk menyaman, sebaliknya mengajak pemandu-pemandu kereta berkenaan berbuka puasa bersama mereka.
Inisiatif yang dilakukan itu bertujuan supaya para pemandu tidak melengah-lengahkan waktu berbuka puasa.
Insiden yang asing tapi bermanfaat ini berlaku di Turki.
Rata-rata netizen memberikan komen positif dan kagum dengan sikap yang ditunjukkan pihak berkuasa sana.
Pengguna Facebook Nurfadilah Dila memberi komen, “Murah la rezeki polis traffic tersebut. Sebab berkongsi rezeki pada bulan puasa yang mulia ini dengan pengguna jalan raya.”
Manakala seorang lagi netizen Maya Zubir Full berkata, “Turki mmg negara kebajikan byk tolong saudara2 islam kita kat sana. Semoga Allah berkati negara turki 😘😘.”
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh barakah dan dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia.
Oleh itu, ramai yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dengan menggunakan segala kesempatan yang ada. – MYNEWSHUB.CC