KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
DUKE dalam satu kenyataan media berkata, diskaun tol itu diberikan kepada orang ramai bermula 5 julai ini pada pukul 11.59 malam hingga pukul 12 tengah malam keesokannya.
“Diskaun tol untuk pengguna Kelas 1 ini untuk memberi nilai pulangan kepada pengguna DUKE yang banyak menyokong kami.
“Ia juga satu inisiatif sosial korporat oleh syarikat pemegang konsesi iaitu Konsortium Lebuh Raya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. (Kasturi),” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, diskaun tol itu diumumkan selepas Majlis Pelancaran Ops Selamat 1X di Plaza Tol Batu hari ini yang turut melibatkan pasukan polis.
“Ops Selamat ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan kali ini,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc