Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Trailer ‘Munafik’ Buah Tangan...

TIDAK siapa dapat menafikan sentuhan Pengarah Syamsul Yusof menerusi filem seram pertama arahannya,...

Keluarga Mangsa Culik Abu...

SANDAKAN - Keluarga mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, Jari Abdullah, 34, reda...

Senarai Akhir Calon Pemilihan...

UMNO menangguhkan pengumuman senarai akhir calon yang layak bertanding dalam pemilihan parti itu...

Kutip GST RM19 Sehari,...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Diskaun Tol Di LDP, Sprint Pada Hari Raya Pertama

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) masing-masing bakal menikmati diskaun 20 sen dan 60 sen bagi semua kelas kenderaan pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata diskaun itu bermula pada 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari berkenaan.

Dianggarkan hampir 492,000 pengguna lebuh raya LDP dan Sprint akan mendapat manfaat daripada sejumlah RM235,000 subsidi tol oleh Litrak itu, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Litrak bersama 40 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan Baitul Ufah, Seri Kembangan, di sini semalam.

“Litrak berharap menerusi langkah ini, kami dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan pengguna lebuh raya kami dalam menyambut dan menyemarakkan Syawal,” katanya.


Sazally berkata sejak 2010 hingga 2015, sejumlah RM8.6 juta subsidi tol diberi kepada hampir 13.1 juta pengguna LDP dan Sprint pada musim perayaan utama di Malaysia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tol

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori