Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tekong, 7 Warga Myanmar...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang tekong darat bersama enam warga Myanmar dalam...

Wartawan Lapor ‘Live’ Dari...

SEORANG wartawan televisyen di Pakistan yang cuba bertindak 'luar biasa' dengan membuat laporan...

Anak Tak Luang Masa,...

SEORANG ibu yang sedang sakit tenat akibat kanser, bercadang untuk mengeluarkan nama anaknya...

Pengambilalihan 4 Lebuh Raya...

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengemukakan laporan kajian penstrukturan semula...

Doktor Keluarkan Spanar Dari Tekak Pesakit!

BAGHDAD – Satu rakaman video mengerikan menunjukkan detik-detik sekumpulan doktor pakar di sini berusaha mengeluarkan sebatang spanar dari dalam tekak seorang lelaki kini tersebar.

Video berkenaan dipercayai dirakam di sebuah hospital di Iraq pada 2009, tetapi mula viral di laman sosial baru-baru ini.

Rakaman itu menunjukkan sekumpulan doktor berdiri mengelilingi seorang lelaki yang terbaring di atas meja bedah.

Seorang doktor dilihat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan sesuatu dari dalam mulut pesakit berkenaan.

Doktor itu dibantu rakannya dengan berhati-hati cuba mengeluarkan objek dalam mulut pesakit berkenaan yang kelihatan tidak sedarkan diri.


Selepas beberapa kali mencuba akhirnya doktor itu berjaya mengeluarkan sebatang spanar sepanjang hampir 30 sentimeter dari mulut pesakit berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa lelaki itu menelan spanar berkenaan, tetapi dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori