Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jamal Minta Maaf Fitnah...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon...

Harga Kit Ujian Kendiri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyemak turun harga kit ujian kendiri COVID-19 menjelang...

Indonesia Berhasrat Jadi Tuan...

MATARAM : Gabenor Nusa Tenggara Barat, Zulkieflimansyah optimis dengan pembinaan Litar Mandalika bagi...

#Trending: Kerja Bodoh, Cium...

KALAU pun nak tunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada buah hati, banyak lagi...

Dollah Kok Lanas Tidak Pernah Lokek Ilmu

KOTA BHARU – Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali ‘Dollah Kok Lanas’ yang meninggal dunia semalam akibat kanser esofagus tidak pernah kedekut dengan ilmunya, terutama dalam bidang politik.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas selama dua penggal, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang mengenali rapat Abdullah berkata bekas setiausaha politik perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein itu adalah seorang yang banyak tahu selok belok politik negara dan tidak kedekut untuk mencurahkan ilmu ituk kepada sesiapa.

“Saya sendiri banyak mendapat nasihat dan ilmu berpolitik daripada beliau,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdullah, pernah menjadi anggota Parlimen Machang selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) 1974 untuk satu penggal berikutan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada November 1976.

Setelah dibebaskan secara bersyarat pada Februari 1981, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Kok Lanas pada PRU 1986, bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU 1990.

Md Alwi, yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, berkata Abdullah merupakan seorang yang suka berkongsi pengalamannya, malah amat arif dengan politik Kelantan.

“Pemergian Tan Sri (Abdullah) satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti,” katanya yang akan menyambut ulang tahun ke-60 Rabu ini.

Jenazah Allahyarham Abdullah, 79, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ayesha, iaitu masjid yang dibinanya di Kok Lanas di sini, hari ini.


Mengulas mengenai gelaran ‘Dollah Kok Lanas’, Md Alwi berkata gelaran itu mengambarkan betapa hebatnya Abdullah sebagai pemimpin di kawasan itu.

“Allahyarham memang seorang yang hebat dan lantang menyebabkan namanya dikenali ramai sehingga gelaran itu digunakan oleh pelbagai pihak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Allahyarham banyak berjasa kepada negara dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri, Duta Khas Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Setiausaha Politik kepada Tun Abdul Razak Hussein.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori