KUALA LUMPUR – Dua kereta klon adalah antara 31 buah kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana pelbagai kesalahan dalam operasi khas di sini awal pagi ini.
Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Md Ziki A Rahman berkata pihaknya juga turut menyita sebuah lori sampah dan 25 motosikal dalam Operasi Khas Bersama Agensi Penguatkuasa di Jalan Raja Laut dan Jalan Genting Klang.
JPJ juga turut mengeluarkan 701 saman setelah memeriksa 900 kenderaan dalam operasi bermula dari 11 malam hingga 3 pagi tadi. – BERNAMA