Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isteri Hindu, Aamir Khan...

BINTANG Bollywood, Aamir Khan, 51, mengakui tidak berasa sepi walaupun terpaksa beraya tanpa...

KKR Komited Siapkan 223...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menyiapkan 223...

Kematian Adik Aziq Yang...

Kematian melibatkan adik Mohammad Zulhazriq rupa-rupanya adalah kematian kedua di pangsapuri Projek Perumahan...

Kekanda Kepada Yang Di-Pertuan...

ALOR SETAR - Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan...

Euro 2016: Croatia Musnahkan Rekod Sepanyol

BORDEAUX – Gol Ivan Perisic di lewat babak perlawanan menyaksikan Croatia mengejutkan juara bertahan, Sepanyol 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Croatia mara ke pusingan 16 terbaik sebagai juara kumpulan apabila mengumpul tujuh mata manakala Sepanyol menamatkan saingan di tempat kedua dengan enam mata.

Sepanyol yang di bawah kendalian Vicente del Bosque mendominasi hampir keseluruhan permainan di babak pertama dan mereka tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Alvaro Morata membuka tirai jaringan seawal minit kelapan.

Bagaimanapun, Croatia tidak menyerah kalah apabila Nikola Kalinic berjaya menyamakan kedudukan di lewat babak pertama perlawanan.

Walaupun kekal menguasai permainan di babak kedua, namun Sepanyol gagal menambah gol malah lebih malang, sepakan penalti kapten, Sergio Ramos diselamatkan penjaga gol Croatia, Danijel Subasic.


Keputusan seri sepatutnya sudah memadai buat Sepanyol untuk menjuarai kumpulan namun ketika berbaki tiga minit sebelum perlawanan tamat, Perisic menjadi wira apabila meledak gol kemenangan sekali gus membawa pasukan itu muncul juara kumpulan.

Kekalahan itu menyaksikan Sepanyol akan bertemu Itali di pusingan 16 terbaik. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori