Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tiga Kakitangan JKM Tangkak...

JOHOR BAHRU: Tiga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tangkak direman lima hari kerana...

Azwan Ali Maki Peminat...

NAMPAKNYA nama Azwan Ali sekali lagi menjadi menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan...

“Mengapa Najib Dapat Pasport?”...

Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan kebenaran diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya untuk tempoh sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

JKM Salur RM3 Juta...

KEMAMAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Euro 2016: ‘Seluar Tidur’ Keeper Hungary Jadi Trend

PARIS – Penjaga gol, Gabor Kiraly menjadi ikon bagi pasukan Hungary di Piala Eropah 2016 –bukan kerana prestasinya sebagai penjaga gol, tetapi disebabkan seluar unik yang dipakainya ketika perlawanan.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu selalu mengenakan seluar berwarna kelabu dan longgar, meskipun ramai yang sudah lama menyebut-nyebut seluar Kiraly itu sama seperti seluar tidur.

Namun berkat seluar unik itulah, Hungary berjaya menempah tempat ke kelayakan 16 pasukan terbaik. Mereka menjadi juara Kumpulan F dan akan bertemu Belgium pada pusingan kedua.

Lapor Dream Team FC, penyokong Hungary bersorak gembira apabila pasukan mereka berjaya meraih kejayaan besar sehingga ke peringkat kalah mati, dengan kebanyakannya memutuskan untuk memakai seluar tidur.

Tanpa segan silu Kiraly mengaku, sudah 20 tahun mengenakan seluar uniknya itu kerana percaya ianya membawa tuah setiap kali turun ke padang.


Kiraly kini tersenarai sebagai pemain tertua pernah bermain di pusingan final Piala Eropah melepasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh legenda Jerman, Lothar Matthaus. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori