Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pembinaan Fasa Pertama Pan...

KOTA KINABALU - Kerja pembinaan fasa pertama Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, yang...

Berusia 92 Tahun, Inilah...

MELIHAT kelibatnya yang masih ligat bekerja di sebuah restoran 24 jam, siapa sangkaƃā€šĆ‚Ā usia...

Imam Besar Al-Azhar Bertemu...

ROM - Imam Besar Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, antara institusi Islam tersohor dunia, bertemu...

Farisha Irwayu: Saya Bukan...

KUALA LUMPUR - PELAKON terkenal era 1990-an, Farisha Irwayu Ghali menafikan dakwaan sesetengah...

Ezany Nizariff Mahu Berubah, Perbaiki Amalan

EZANY Nizariff sebelum ini pernah terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur dari Kangar dan perkara itu membuatkan dia semakin mengenali usaha dakwah yang dibuat jemaah tabligh apabila dia mengikuti sekumpulan tabligh di sebuah pulau.

“Semuanya bermula masa saya tertinggal flight dari Kangar pada pertengahan tahun lalu. Selepas itu, seorang rakan mahu menumpangkan saya tetapi kemudian membawa saya ke Janda Baik kerana mahu menunjukkan resort miliknya.

“Tidak lama selepas itu, saya diajak ke Pulau Perhentian pula.

“Mula-mula saya fikir melihat laut akan membantu saya menenangkan jiwa tetapi lain pula yang terjadi. Saya menyertai kumpulan tabligh dan tidur di masjid pulau itu.


“Sepanjang masa bersama kumpulan itu, saya lihat mereka hanya menunaikan ibadah dan solat berjemaah. Mereka juga melakukan aktiviti harian mengikut sunnah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tambah Ezany, melihat kesungguhan jemaah disana yang sanggup meninggalkan kemewahan kerana mahu bermalam di masjid tersebut telah menarik minatnya untuk belajar dengan lebih mendalam dan menyedarkannya untuk memperbaiki amalannya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori