Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Mat Saleh Ini Dakwa...

KECOH jadinya apabila baru-baru ini tersebarnya satu video di laman Youtube baru-baru ini...

Bayi 6 Bulan Maut...

TRAGIS… Sebuah lif yang rosak telah terhempas ke atas seorang bayi berusia enam...

Sultan Perak Bimbang Rasuah...

TANJUNG MALIM - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan dengan...

Muktamar PAS Kecoh Ucapan...

BATU PAHAT - Ucapan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS (LUHAM)...

Ezzaty Abdullah Dekatkan Diri Dengan Allah Sebelum Kahwin

EZATTY Abdullah yang bakal mendirikan rumah tangga pada Syawal nanti berkata, dia mahu mendekatkan dirinya kepada Allah sebelum bergelar isteri kepada Azwan Kombos.

Tambah Ezatty, kedua org tuanya juga memberikan nasihat supaya dia dan Azwan menjadikan islam sebagai asas keharmonian rumah tangga yang bakal dibina.

“Tinggal lebih kurang sebulan sahaja untuk bergelar isteri dan susah untuk digambarkan perasaan itu. Insha-Allah saya ingin mendekatkan diri dengan Allah.

“Dalam tempoh sebulan lebih yang tinggal ini iaitu di bulan Ramadan, saya tidak mengambil sebarang tawaran berlakon dan mahu berehat di rumah untuk menyiapkan persiapan terakhir sebelum berkahwin,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ezzaty, dia tidak menolak jika beberapa pihak mahu menaja majlisnya, tetapi dia lebih selesa menggunakan duit sendiri untuk melangsungkan perkahwinan.


Ezzaty turut mengakui menerima beberapa tajaan tetapi meletakkan syarat akan membayar separuh daripada perbelanjaan kepada penaja kerana baginya lebih elok jika majlis dilakukan mengikut perancangannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori