Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aiskrim Gula Apong ‘Sejukkan’...

KUCHING - Bagi penggemar makanan pencuci mulut, aiskrim gula apong mungkin dapat 'menyejukkan'...

Video Lelaki Mengaku Anak...

SATU rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai anak kepada mangsa...

Peremajaan Sektor Awam, Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan seharusnya melakukan 'peremajaan' dalam sektor perkhidmatan awam dengan membuka...

Pengutip Besi Buruk Didakwa...

SELAYANG - Seorang pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di...

Fadillah Sambut Baik Hasrat Guan Eng Untuk Bertemunya

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya menyambut baik hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengunjungi Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof dan secara peribadi menyerahkan surat, yang merupakan buat julung kalinya kementerian menerima permintaan untuk membincangkan jambatan ketiga Pulau Pinang.

Fadillah menjelaskan kementerian tidak meminta butiran terperinci reka bentuk jambatan ketiga itu seperti didakwa Lim, sebaliknya ia meminta kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk tiga projek jalan raya bagi menghubungkan ke projek terowong dan kajian kebolehlaksanaan cadangan projek terowong Pulau Pinang.

“Dokumen awal ini adalah sebahagian daripada laporan RM305 juta, yang diberi kontrak oleh kerajaan negeri dan telah dibayar sebahagian, akan memberikan asas kepada kami membincangkannya dan kemungkinan membawa kepada keputusan yang lebih sesuai.

“Ini pastinya lebih baik daripada sekadar sepucuk surat tiga muka surat yang memohon sebuah jambatan dan KM diingatkan untuk menyerahkan dokumen ini kepada kami sebelum kunjungannya atau membawanya bersama-sama untuk diserahkan pada lawatan rasmi yang dirancangnya ke kementerian saya,” kata Fadillah dalam kenyataan di sini.

Menteri itu sebelum ini menyatakan dengan memperkenalkan laluan ketiga mungkin akan mengubah aliran trafik di jalan-jalan persekutuan dan negeri.

Oleh itu, katanya hasil daripada penyuraian aliran trafik itu perlu dikaji secara terperinci dan diserahkan sebagai sebahagian proses itu.


Selain itu, katanya kajian juga perlu dilakukan untuk menentukan impak jambatan ketiga terhadap operasi perkapalan dan kapal terbang berikutan penjajaran yang dicadangkan itu.

“Ini terpakai bagi kelulusan pada prinsipnya – walaupun ia perlu dibayar oleh sumber-sumber lain seperti pembiayaan oleh entiti swasta atau oleh kerajaan negeri sendiri.”

Fadillah berkata kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri secara profesional untuk menentukan kebolehlaksanaan dan waktu sesuai bagi pelaksanaan cadangan projek jambatan ketiga ke tanah besar.

Cadangan jambatan ketiga menghubungkan Gurney Drive di bahagian pulau ke Bagan Ajam di tanah besar dianggarkan menelan kos RM1.8 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori